Monday, November 22, 2010

Tuesday, October 26, 2010

laporan kilat ala usain bolt

hujung minggu lalu menyaksikan persaingan BPL menjadi makin rancak sebab kelab-kelab kuat menang. chelsea macam biasa, terus kuat dengan kemenangan simple,(tak percaya pi tengok balik goal malouda, that was a simple football guys, *agak riak disitu).

antara yang menarik lagi, arsenal menang ke atas city.gua mengaku, agak jeles sebab kelab gua kalah dengan city..tp boyota ke boyata nama dia, kena red card, boleh lah arsenal mempersekolahkan city...

si kecil hernandez pula menjadi hero united minggu lepas. tandukan pertama dia serious sangat freak. boleh terkehel.

dan lagi, liverpool mula menghilangkan rasa kasihan pihak-pihak pemerhati bolasepak.
serious aku kasihan sebelum ni, nak mengata pun tak bernafsu dah.

tajuk filem yang boleh dibuat untuk perlawanan spurs vs everton pula adalah, `bend it like baines`...oh..sangat indah gol tersebut.

Saturday, October 16, 2010

Entri baru habis internship : Kelab bolasepak cantik lawan kelab bolasepak ganas, di Emirates.

Apa tajuk tu? Baru habis internship? Tak ada kaitan dengan bolasepak kan?

Ya memang tak ada. Saja letak sebab aku sudah habis praktikal. Hehe.

Malam ini pada pukul 9.55 malam waktu 1Malaysia, pasukan bolasepak cantik iaitu Arsenal bakal berhadapan kelab bolasepak lemah, tapi mampu memberi tentangan dengan corak bolasepak kasar mereka iaitu Birmingham City.

Kenapa kasar?

Pada 23 February 2008, terjahan kasar Martin Taylor (bermain untuk Birmingham ketika itu) menyebabkan Eduardo da Silva (sekarang bermain untuk Shahktar Donestk) patah kaki dan berehat selama setahun. Sky Sports, pihak yang mendapat hak penyiaran perlawanan tersebut membuat keputusan tiada ulangan video untuk insiden tersebut, menunjukkan betapa horror-nyainsiden tersebut. Aku tidak menonton game tersebut secara live, tapi aku melihat video ulangan insiden tersebut di Youtube, itupun sekali sahaja.

Insiden tersebut dikatakan menjadi penyebab kepada kegagalan Arsenal menjulang gelaran liga musim tersebut dan sehingga musim lepas.

Kenapa begitu?

Sebelum insiden terjahan tersebut, kehadiran Eduardo, yang digelar "musang di dalam kotak penalti" (Fox in the box) kerana ketajamannya di dalam kotak penalti, membantu Arsenal menghuni kedudukan teratas EPL pada bulan February 2008. Sebagai seorang peminat Arsenal, aku percaya Eduardo akan membawa kejayaan kepada Arsenal. Aku cukup pasti sebab Eduardo adalah pemain yang sudah lama tiada dalam pasukan Arsenal, iaitu penjaring gol sejati. Selepas pulih dari cedera patah kaki, prestasi Eduardo jatuh merudum, bukan lagi seperti Eduardo yang aku kenal sebelum cedera patah kaki tersebut.

Ok, tutup cerita Eduardo, semoga beliau berjaya di Shahktar Donestk dan kembali ke prestasi sebenar beliau.

Arsenal dijangka mendapat suntikan baru malam ini selepas berita gembira kehadiran semula Nicklas Bendtner, Theo Walcott dan Kieran Gibbs. Manuel Almunia, Cesc Fabregas, Bakary Sagna, Thomas Vermaelen, Emmanuel Frimpong, Aaron Ramsey dan Robin van Persie masih cedera. Senarai kecederaan ditambah dengan Laurent Koscielny yang mendapat kecederaan belakang.

Oh lupa, ini adalah perlawanan ke 800 bagi Arsene Wenger sepanjang kareernya mengurus Arsenal.

Posisi goalkeeper dijangka kekal dengan Lukasz Fabianski, pertahanan diketuai oleh Sebastien Squillaci yang dan bakal bergandingan dengan Johan Djourou. Bek kiri adalah Gael Clichy dan bek kanan adalah Emmanuel Eboue. Bahagian tengah akan diisi dengan Samir Nasri, Andrey Arshavin, Alex Song, Jack Wilshere dan Thomas Rosicky, Denilson atau Abou Diaby. Striker adalah Maroune Chamakh.

Arsenal kalah dua game berturut-turut sebelum ini, kepada West Bromwich Albion dan Chelsea. Punca kalah kepada West Brom adalah kena counter-attack dan kebengapan penjaga goal perlawanan tersebut iaitu Almunia. Kekalahan kepada Chelsea pula adalah sebab tidak menyempurnakan peluang terhidang. Jadi tadi lepas bangun pagi, aku terus text Arsene Wenger supaya tak ulang lagi kesilapan mereka. Arsene Wenger balas dengan nada perli; "Kami pun manusia juga, tak sempurna,". Cilaka punya Wenger.

Err..untuk pasukan Birmingham pula, err, aku malas nak Google. Tunggu saja perlawanan malam ni.

Penulis-penulis lain pula aku faham kenapa tiada update pasukan mereka. Mereka sibuk dengan final exam, project sekolah dan test. Kehkehkeh..

Thursday, September 23, 2010

piala emas raja-raja

mari membuat persamaan liga di england dan liga di malaysia.

BPL=Liga Super
Piala FA = Piala Malaysia
Piala Liga/Carling Cup = Piala Emas Raja-Raja ataupun SUKMA

kan?kan?dandingdong pasti setuju dengan aku.

Friday, September 17, 2010

Entri sambil makan ketupat : Sunderland vs Arsenal.

Malam ini di Stadium Cahaya (Stadium of Light), Sunderland bakal berdepan sebuah kelab bolasepak yang kuat, gagah dan perkasa dalam Liga Perdana Inggeris iaitu Arsenal.

Dalam perlawanan peretengahan minggu Champions League baru-baru ni, Arsenal mengalahkan Braga 6-0 di Stadium Emirates. 6-0 ok? Dan dalam saingan Champions League, bukan Europa League ye.

Tapi secara peribadinya, perlawanan tu tak boleh dijadikan kayu pengukur yang kukuh sangat. Hasil risikan dalam YouTube, gol-gol Arsenal macam biasa, superb. Tapi saya rasa Braga tidaklah memberi tentangan sangat. Lagipun Braga baru pertama kali membuat penampilan dalam Champions League, jadi mereka kurang berpengalaman.

Jadi menentang Sunderland, opponent yang lebih kuat daripada Sporting Braga akan menjadi cabaran sebenar kepada Arsenal. Pastinya Sunderland kurang hormat (hormat dalam ertikata sukan) terhadap Arsenal berbanding hormatnya Braga kepada Arsenal.

Saya mulakan dengan Sunderland.

Malam ini Sunderland bakal menurunkan 2 pemain yang baru dibeli, yang menyinar dalam Piala Dunia 2010 yang lepas. Cristian Riveros dari Paraguay dan Asamoah Gyan dari Ghana. Secara peribadi, saya sukakan kedua-duanya hasil persembahan Piala Dunia mereka.

Cristion Riveros : Bukan Cristiano Ronaldo saja yang kacak, gua pun layak jadi model juga.

Ketua pasukan Lee Cattermole digantung dan Micheal Turner pula cedera. John Mensah juga mengalami kecederaan kecil dan doubtful untuk diturunkan. Yang lain semua ok untuk diturunkan.

Mereka mungkin bermain 4-5-1 kerana taktik inilah yang membolehkan mereka menang dengan pasukan banyak-duit-tapi-bengap-main-bola, iaitu Manchester City.

Ok, waktu yang ditunggu-tunggu ramai, Arsenal pula. Kehkehkeh..

Arsenal bakal turun dengan semangat tinggi dan mahu meneruskan momentum mereka bermain dengan baik di awal musim. Persembahan Cesc Fabregas yang kembali meningkat, ketajaman Marouane Chamakh dan barisan serangan, dan persembahan baik daripada pembelian pemain baru (Chamakh, Laurent Koscielny dan Sebastian Squillaci) adalah kunci momentum mereka.

Tetapi Arsenal tetap Arsenal. Kecederaan adalah badi mereka 4-5 tahun kebelakangan ini. Abou Diaby, Robin van Persie, Nicklas Bentdner, Aaron Ramsey, Thomas Vermaelen dan Theo Walcott masih cedera.

Pemain tumpuan adalah Cesc Fabregas dan Asamoah Gyan.

Prediction saya, kemenangan berpihak kepada Arsenal dengan scoreline 2-1.Kehkehkeh..

10 perkara tentang Liverpool yang tak ada kat team lain

Aku nak berkongsi sikit tentang Liverpool. Semua orang dah tau termasuk saudara arshavin jeffry, kurikkundi drogba dan bro ed chicharito yang liverpool memang kelab bola sepak terbaik dalam sejarah bola sepak. 10 perkara tentang liverpool yang mungkin ramai tak tahu:

1. Kelab ini ditubuhkan pada tahun 1982(lama dah tu) dan menjadi antara kuasa bola sepak. Telah menjuarai 5 liga championship sekitar tahun 1900 dan 1947(malaya pun tak merdeka lagi..hehe).

2. Bill Shankly iaitu manager lagenda telah mengambil alih tugas mengurus ketika liverpool jatuh ke division 2 pada tahun 1959. Beliau telah membuat rombakkan besar-besaran dengan membuang 24 pemain sedia ada.

3. Bill Shankly telah berjaya membawa Liverpool memenangi 3 kejuaraan Championship, 2 Piala FA, dan Piala UEFA.

4. Bob Paisley adalah manager paling berjaya dalam sejarah Liverpool. Berjaya membawa pulang 21 piala antaranya 3 Piala Eropah, 6 Kejuaraan Liga, Piala Liga, dan lain-lain.

5. Logo kelab ini berdasarkan the liver's bird. Lagu tema penyokong yang popular ialah "you'll never walk alone".

6. Ian Callaghan adalah pemegang rekod kelab sebagai pemain paling banyak membuat penampilan untuk kelab iaitu 875 penampilan diantara tahun 1958 hingga 1978.

7. Ian Rush memegang rekod sebagai penjaga gol yang paling banyak membuat penampilan manakala Roger Hunt penjaring gol terbanyak dalam liga.

8. Liverpool adalah kelab bola sepak pertama di England mendapat penaja pada tahun 1979 oleh Hitachi.

9. Kenny Dalgish telah memenangi kejuaraan berganda pada musim pertama beliau bersama Liverpool pada musim 1985-86.

10. "Crazy horse' merupakan nama samaran kepada kapten Liverpool memenangi Kejuaraaan Eropah iaitu Emlyn Hughes.

Gua nak tengok bro Fabregas dan bro Terry pegang cup macam superstar Gerrard..haha!
fan Liverpool,
dangdingdong

Piala Malaysia: Pahang vs Kuala Lumpur di tunda kerana lampu limpah tak berfungsi..haha!!

Piala Malaysia kembali lagi. Seperti biasa tiada apa yang menarik. FAM sentiasa merapu. Haha!

Pasukan yang bertanding;

Kumpulan A                                Kumpulan B
Negeri Sembilan                            Pahang
KL Plus                                        Kuala Lumpur
PKNS                                          Sabah
Kelantan                                       Terengganu

Kumpulan C                                 Kumpulan D
Kedah                                           T-Team
Perak                                             Perlis
ATM                                             Felda United
Johor FC                                       Selangor

Aku pasti ramai yang tak tahu sepak mula Piala Malaysia 2010 dah bermula sejak 14 September yang lepas. Semua pasti tertumpu Liga Juara-Juara Eropah, Piala Eropah, Liga Perdana England, La Liga Sepanyol dan lain-lain. Sebentar tadi telah berlangsung perlawanan ke-2.

RTM telah menyiarkan siaran langsung perlawanan antara Kedah menentang Perak di stadium Darulaman, Alor Setar. Perlawanan berakhir dengan kemenagan berpihak kepada pasukan tuan rumah Kedah dengan jaringan 2 gol tanpa balas. Dua gol tersebut disumbangkan oleh pemain kebangsaan iaitu Baddrul Bahktiar. Aku memang tahu dia agak berbakat.

Aku menonton game tersebut. Memang lucu. Standard permainan macam tengok liga daerah Bagan dekat kawasan aku ja. Minit ke-2 dah gol hasil sepakan percuma. Penjaga gol Perak macam badut pun ada. Aku tak paham celah mana profesionalnya mereka. Setelah 30 minit perlawanan berlangsung akhirnya aku tertidoq setelah penat gelak dan memaki hamun. Haha!

Ada lagi yang melucukan pasal Piala Malaysia edisi ini. Perlawanan antara Pahang dan Kuala Lumpur terpaksa ditunda gara-gara lampu stadium Darulmakmur tak berfungsi. Woi mangkuk(FAM dan pihak yang terlibat), ini pertandingan peringkat kebangsaan bukan sukan sekolah!!. Tak kan tak buat persiapan kut. Macam mana orang nak support bola Malaysia? Bila bola sepak nak maju kalau macam nie? Tu ada angan-angan nak masuk World Cup 2018. Padan la pun boleh kena kencing dengan geng awang hitam. Bodoh macam keldai. Hahaha!

Nasib baik Penang tak layak masuk Piala Malaysia untuk edisi ini. Pertandingan bertaraf kampung ja. Memalukan. Yang pasti Liverpool menang besaq di Liga Eropah. Bro Joe Cole dah kembali. Aku pasti pakcik Ferguson tak senang duduk sampai hari ahad nie. Hahaha!


piala yang jadi rebutan..sila kunjungi stadium yang berdekatan dengan anda untuk memeriahkan lagi Piala Malaysia 2010..haha!
Eh siapa Presiden Persatuan Bola Sepak Pahang?

Peminat tegar bola sepak Malaysia,
dangdingdong

Wednesday, September 15, 2010

1,2,3,4,5 dan 6 tanpa belas dan balas.

1. Penalti bang. Dan sekali lagi Marouane Chamakh yang tolong dapatkan. Cesc Fabregas bubuh.

2. Brader Andrey Arshavin macam biasa, dari sebelah kiri dengan low drive shooting. Assist dari pemain Barcelona, Fabregas. Eh silap, bekas pemain Barcelona.

3. "Asyik-asyik kasi orang lain saja, aku pun nak score juga," kata Chamakh dalam hati. Hasil 1-2 pass dengan Jack Wilshere, Chamakh bubuh gol nombor 3. Saya rasa Wilshere adalah pemain berbakat besar dan jalan nak ke arah menjadi pemain bintang tu dah nampak dah. Tapi pada saya, Wilshere bukanlah the next Fabregas lagi. Mereka bermain dengan cara berbeza.

4. Gol luar biasa sikit. Fabregas score tu biasa, tapi score dengan kepala tu luar biasa. Assist dari Arshavin. "Ahh tak jadi pindah Barcelona la macam ni," getus Fabregas dalam hati.

Chamakh : Eh betui ka gua dengar lu nak pindah Barca ni?
Fabregas : Eh bila masa pulak gua cakap macam tu.Gua saja buat spekulasi kasi up sikit nama gua.

5. Carlos Vela yang masuk ganti Chamakh score untuk gol nombor 5. Uishh on-form ni. Hari tu dah sumbat sebijik, ni sumbat lagi.

6. Fabregas dapat bola, control dan pass ke Vela untuk gol ke 6. Amacam? 6 bijik tanpa balas dan belas.

Eh saya cari result game pasukan Liverpool tak jumpa pula. Rasa hairan pun ada. Adakah Liverpool masih cuti rehat sempena Aidilfitri?

Sunday, September 12, 2010

bola edisi raya


"selamat hari raya, maaf zahir batin"


edisi raya kali ni, ramai player kelab-kelab hebat malas nak bermain. masakan tidak, kuih muih belum habis dijamah, kena pulak turun padang. Ini terbukti pada keputusan untuk kelab- kelab yang dianggap kuat seperti Barcelona, Ac Milan, Manchester City, LIverpool. Dan Manchester United?

Chelsea seperti biasa bermain ala kadar. Lawan Hammers je. Abdul Salam Bilal takde masalah pun nak main?

Thursday, September 9, 2010

memperkenalkan.....(ini malam raya dan aku cerita pasal bola)



Hai semua, kehadiran aku disini atas sebab untuk mewakili kem kelab yang aku minati memandangkan kelab aku saja tiada wakil di blog ini. Berdasarkan gambar kat atas, korang dah dapat tau aku dari kem team mana. Tapi,biarlah aku umumkan dengan sedikit riak, aku wakil kepada juara bertahan, Chelsea.
Oleh sebab ini post pertama aku, makanya mari kita kaji selidik kenapakah Chelsea menjadi kelab bolasepak pilihan aku, kenapa tidak Blackpool, mahupun Derby County.

1) Asal usul aku dahulu, selepas mula pandai menyepak dan membuat bola chip, aku mula pula mencari idola untuk bolasepak. Sebelum aku adopt Paolo Maldini sebagai idola bolasepak sepanjang zaman aku, aku mulanya mahu pilih antara Gianfranco Zola mahupun Ruud Gullit. Dan kedua-duanya korang tau kan, mewakili pasukan bolasepak Chelsea.

2) Aku adalah sangat fanatik kepada pasukan bolasepak negara Itali, oleh itu, dengan sebab yang sangat remeh, iaitu Chelsea memakai warna jersi biru, aku pun menyunting Chelsea untuk jadi kelab kegemaran.

3) Berkaitan dengan negara Itali jugak,korang perasan tak, Chelsea dari dulu mempunyai link dengan negara Itali...daripada zaman mula-mula aku tengok bola, ada Gianluca Vialli, Roberto Di Matteo, Gianfranco Zola, coach Claudio Ranieri, Sam Dalla Bonna,Carlo Cudicini dan sampai sekarang coach Carlo Ancelloti. Korang perasan tak? Kalau tak, korang memang pure sangat pada ketiga tiga kelab rival itu.

Ok, cukup setakat itu. Selamat berjuang kepada kelab-kelab lain. Eh, tak konsisten nampak di awal musim? hahaha. Sekadar provokasi awal.

Oh ya, selamat hari raya diucapkan.

Sunday, August 29, 2010

Al-Fatihah untuk Arwahyarham Isa Bakar....

arwahyarham isa bakar
Sapa tak kenal dengan Isa Bakar. Bekas penyerang negara dan pernah menharumkan nama negara sekitar tahun 1974 - 1979. Pernah bermain bersama Arwahyarham mokhtar dahari, mendian r.arumugam, santokh singh dan soh chin aun. Pagi sabtu 28 Ogos perginya seorang lagi lagenda bola sepak negara. Beliau meninggal dunia pada usia 58 tahun.

Beliau juga merupakan lagenda bola sepak Penang. Pernah memenangi Piala Malaysia bersama Penang pada tahun 1974 dan sejak dari itu Penang tidak pernah memenangi Piala Malaysia.

Sebagai peminat bola sepak yang muslim, molek lah kita sedekahkan al-fatihah kepada arwah. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Isa Bakar. Jasa dan sumbangan beliau terhadap bola sepak negara patut dihargai. Semoga roh-nya di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..amin...

Al-Fatihah untuk Arwahyarham Isa Bakar....

peminat bola sepak negara,
dangdingdong

The El-Nino Show...

Liverpool 1 - West Brom 0...

Boleh la dari tak memang langsung. Aku harap lepas nie Liverpool lebih konsisten. Dengan ada-nya rekrut baru raul meireles, aku harap akan bertambah la kekuatan Liverpool. Lepas nie game dengan birmingham. Seminggu kemudian jumpa man united. Harap-harap masa jumpa si setan merah tamau la jadi cap ayam brand lagi.

Sebenarnya game tadi aku tak tengok pun. Maklum la bulan puasa(bulan untuk beribadat la katakan..hehe). Tapi aku baca dan tengok highlight, aku yakin game tersebut membosankan. Maybe awal season lagi kot(sampai bila pun tatau..hailaa).

Sampai sekarang aku masih tatau apa input rekrut baru jovanovic. Dah tiga game, satu gol pun tarak. Kredit harus diberikan kepada the el-nino(the kid). Gol bro torres memang superb. Selain gol badut berbatov, aku yakin gol tersebut boleh dikategorikan antara gol terbaik untuk minggu nie.

Syabas juga kepada gerard dan bro kuyt.

gua yakin abang torres akan terus mengamuk lepas nie...

Ada juga perasaan iri hati dan busuk hati bila team lain boleh memang sampai 6 bijik...

peminat Liverpool yang sopan-santun,
dangdingdong

Tuesday, August 24, 2010

Brader Rafik Halliche. Tak kenal?


Nama : Rafik Halliche.

Umur : 24 tahun.

Posisi : Pertahanan.

Kelab sebelum ini : Benfica.

Caps antarabangsa : 20 caps bersama Algeria.

Apa? Tak kenal Rafik Halliche? Mari kita lihat sedikit mengenai ini brader.

Brader Rafik Halliche ni baru saja melengkapkan perpindahan ke Fulham dengan yuran perpindahan yang dirahsiakan. Macam yuran nak masuk ke IPTS la pula main rahsia-rahsia ni. Apalah. Halliche sebelum ni menarik perhatian beberapa kelab Liga Perdana Inggeris. Antaranya kelab handalan Liga Perdana Inggeris, Arsenal dan kelab yang baru dipromosi, Newcastle United. Sebelum ni Halliche adalah pemain Benfica dan dipinjamkan ke C.D Nacional of Madeira selama 2 musim terakhir.

Apa yang best sangat pasal brader Halliche ni sampaikan kelab kuat macam Arsenal pun nak beli dia?

Siapa tak kenal ini brader, tolong jangan mengaku bahawa kamu menonton Piala Dunia 2010 Afrika Selatan yang lepas. Halliche bermain kesemua ketiga-tiga perlawanan untuk Algeria dalam tournament tersebut. Membentuk gandingan mantap bersama
Madjid Bougherra dan Nadir Belhadj, mereka mengajar England cara bertahan yang sebenar. Halliche mengawal ketat Wayne Rooney sehinggakan Rooney 'hilang' dan tenggelam dalam perlawanan tersebut.

Kekuatan fizikal adalah salah satu kelebihan Halliche (dan juga kelebihan skuad Algeria) dan kelebihan itu membantunya untuk menangani corak permainan fizikal Liga Perdana Inggeris.

Oleh itu mari kita ucapkan selamat berjaya dan selamat menjalani kehidupan baru di Liga Perdana Inggeris kepada brader Rafik Halliche.

Monday, August 23, 2010

Terus Berharap...

Manchester City 3 - Liverpool 0....

Sukar aku nak terima kenyataan tapi itu lah bola sepak. Apa-apa pun boleh terjadi(aku antara yang tak terkejut bila amri yahya boleh score masa malaysia lawan man u..woha!).

Liverpool tak main macam mereka main ketika lawan meriam karat last week. Pemain seperti glen johnson dan jovanovic sangat mengecewakan. Aku rasa mungkin sebab si sampah lucas main tu sebab liverpool kena ayam.
Apa-apa pun aku kagum permaianan semalam. Menarik dan berbaloi aku bangun sahur awal. Kredit harus diberikan kepada joe hart. Adam johnson, milner, micah richards, toure brothers, tevez sangat hebat.

fans liverpool masih setia dan aku masih berharap liverpool akan bangkit...

kepada semua peminat liverpool...teruskan sokongan anda......:)

peminat bola sepak,
dangdingdong

Oh Liverpool.

Satu dunia dah tahu. Penyokong Liverpool contohnya seperti DangDingDong, peminat Arsenal macam Radzawan dan fan Manchester United macam Ed tahu Liverpool adalah sebuah kelab bolasepak yang ternama. Ternama dalam erti kata lain, terkenal dan dikenali ramai.

Manchester City pula adalah sebuah kelab yang satu bandar dengan kelab yang berlogokan syaitan Manchester United. Carlos Tevez adalah pemain antarabangsa Argentina yang bermain selaku penyerang. Dan selaku penyerang, kenalah sumbat gol macam ni kan?

First goal!

Penalti! Jose Reina goes to the wrong way.

Bukan sebiji, tapi sekali dua brader Tevez 'bubuh'. Saudara Gareth Barry pula superb macam biasa. Dengan England dia tak superb macam ni pula.

Prediction Ed hampir-hampir tepat. Saya rasa Ed predict begitu sebab mahu Liverpool sumbat sebiji, dan dengan harapan yang score tu adalah player yang digunakan untuk Fantasy Football. Tak gitu Ed?

My first preview

Manchester City vs Liverpool
Sebuah kelab bola yang tidak asing lagi di mata dunia(Liverpool) akan menentang sebuah kelab yang sedang pesat membangun(Man.City)....perlawanan seperti ini selalu akan memihak kepada kelab yang lebih besar namanya dan lebih berpengalaman iaitu Liverpool.

Tapi jangan ambil mudah dengan kemampuan Manchester City....mempunyai banyak pemain2 handalan dari pemain utama hingga ke bangku simpanan dan juga permainan yang cukup bersemangat pada setiap perlawanan(mungkin sebab masing2 mahu memastikan tempat dalam kesebelasan utama)

Apa2 pun harap2 match kali ini lebih sengit dan permainan yang berkualiti dari kedua-dua pasukan dan tiada lagi 'on side scoring' 6-0 yang kerap berlaku pada 1st 2 week Epl ni.(mungin sebab manger team kalah tak cukup buat kerja rumah)...waka waka eh eh!!



p/s : aku predict manchester city menang 3-1 dan tq kepada saudara Jeffry kerana entri ini xseberapa dan kpd saudara dangdingdong maaf jika prediction aku tepat...hahaha

Sunday, August 22, 2010

You'll Never Walk Alone

(aku adalah Liverpool die hard fan...hahah)

Assalamualaikum and greetings to all peminat-peminat bola sepak seantero dunia. Hadirnya aku di sini hanya untuk berkongsi ilmu, pendapat, atau apa-apa yang berkaitan dengan bola sepak. Jutaan terima kasih kepada kepada rakan penulis saudara arshavin jepli(aku tahu dia memang peminat fanatik arsenal dan aku cukup takut kalau-kalau liverpool ter'belasah' arsenal last week..hehe). Jeffry perlu wish terima kasih kepada uncle Martin Atkinson(referee perlawanan tersebut) dan bro Reina.

Sejujur-jujurnya aku memang tak banyak ilmu tentang bola sepak. Nak main tu boleh la sikit-sikit. Kelayakan aku tak la setaraf safiq rahim. Biasa la main untuk sekolah tapi tak pernah menang pun..huhu. Aku bukan tak tahu apa terus tapi sederhana la(football is my world..woha!). Aku tak la sehebat serbegeth singh, hasbullah awang, coach sathiananthan, atau pun sultan bola ketika memberi ulasan mengenai sukan paling aku minat ini. Tapi lekeh-lekeh aku pun jose mourinho dok mintak pandangan aku gak pasal bola. Mesut Ozil tu aku yang recommen kat maurinho. :)

Season nie aku yakin liverpool mesti dapat pegang cup. Aku tamau citer kenapa aku minat liverpool bukan meriam berkarat mr.bean. Bagi aku liverpool adalah kelab terbaik dalam sejarah bola sepak england. Tapi aku tamau ungkit sejarah kejayaan liverpool yang sampai sekarang manchester united tak berjaya atasi lagi(arsenal dan chelsea tak payah sembang la..haha). Yang lepas biar la lepas. :)

Dengan kebijaksaan uncle hodgson mengatur strategik dan ditambah pulak rekrut baru seperti bro joe cole, jovanovic dan poulsen, aku yakin gerard dan torres pasti lebih garang.

Apa yang aku harap kami(warga my.footy.side) dapat berkongsi pandangan dengan pembaca blog ini. Kadang-kadang bola sepak membuat ramai orang beremosi dan aku mintak semua yang membaca dapat mengawal emosi jika ada sesuatu pendapat tak sama atau bila mana team kegemaran anda di keji. Nasihat aku kita warga Malaysia hendak lah menyokong pasukan negara kita tak kira menang dan kalah. Tak kira siapa pun presiden FAM sama ada sultan bola, PM Najib ka, yang penting sokong la bola sepak malaysia. Aku paham perasaan semua orang termasuk termasuk saudara jeffry(paling emosi bila citer pasal FAM).  Aku yakin semua orang sayangkan bola sepak malaysia.

Terima kasih mat jepp kerana sudi menjemput aku jadi sebahagian warga my.footy.side. Entry ini aku tulis tanpa sebarang rujukan. Aku mintak maaf kalau terlebih merapu. Aku nak cari material nak buat review game liverpool. Kepada yang membaca tegur la kalau ada yang terkasaq atau apa-apa yang salah.

aku yakin dengan kebijaksaan uncle hodgson...liverpool mesti pegang cup season nie..you'll never walk alone!!....hehe

p/s: kepada sesiapa yang nak tahu apa itu meriam berkarat mr.bean...sila tanya saudara jeffry..beliau lebih arif....:)

peminat Liverpool,
dangdingdong

Saturday, August 21, 2010

Entry versi panjang sedikit : Arsenal kembali bertaubat dan menyesal atas kesalahan lalu.

Oh, tekaan saya tersasar. Bukan 5-0. Tapi 6-0 keputusan perlawanan antara Arsenal dan Blackpool tadi. Ya, Arsenal memberi pengajaran secukupnya kepada pendatang baharu Liga Perdana Inggeris ini dengan persembahan mengkagumkan dari Theo Walcott.

Baik. Let us see this game from my point of view, with Che Det style.

1. Senarai penjaring adalah hattrick hero Walcott, penalti Andrey Arshavin, gol dari teknik Abou Diaby dan tandukan Maroune Chamakh.

2. Saya miss gol pertama Walcott. Biasalah datang lambat ke mapley. Tapi dari half-time review, ia adalah gol hasil kerjasama berpasukan yang baik, ditambah dengan kelekaan benteng The 'Pool yang memberi cukup ruang untuk Walcott berlari bebas dari kanan. Ia melibatkan Arshavin, Tomas Rosicky yang menghantar kepada Chamakh dan lorongan menarik untuk Walcott. Pure Arsenal goal movement.

3. Bercakap mengenai Walcott, dia adalah seorang yang pantas. Tapi kawalan bolanya agak lemah dan perkara paling penting yang perlu diperbaiki adalah how to calm enough in front of goal and finish the chances. Wallcott misses dua peluang yang pada saya, ia sepatutnya gol jika Didier Drogba atau setidak-tidaknya Jermain Defoe berada dalam situasinya.

4. Gol kedua adalah penalti Arshavin. Frankly speaking, I would do the same thing Ian Evatt do if I'm in that situation. And he deserves the red card. But I think that foul is not a penalty. Evatt tackles Chamakh, who runs for a very nice through ball, just before the penalty box line. Bukan di dalam kotak penalti.

Petua mengambil sepakan penalti dari Arshavin. Keluarkan lidah untuk menakut-nakutkan penjaga gol lawan.

5. Disebabkan skuad The Tangerines bermain 10 orang, Arsenal bertambah ribut mengasak lawan. Jack Wilshere menghantar bola kepada Walcott dan Walcott turn dengan baik sebelum merembat bola. Torres and Drogba's typical goal.

6. Abou Diaby adalah seorang pemain yang turun naik prestasinya. He plays well enough in this game. Bacary Sagna mengejar hantaran cantik Rosicky di sebelah kanan and beat one defender before set the ball for Diaby to shoot. That was a very good technique shows by Diaby on how to make that shoot. Pemain-pemain Liga Super Malaysia saya boleh jamin, 99.9% jika bola begitu, pasti bola tu sudah sampai ke bulan.

7. Hattrick Walcott adalah gol mudah. Benteng Blackpool memberi cukup ruang untuk Walcott merembat dengan kaki kiri. Oh ya, dari 2 gol Walcott, jika Edwin van der Sar yang menjaga gawang, kemungkinan untuk tidak bolos mungkin tinggi. Kurang faham ya? Maknanya gol Walcott adalah hasil rembatan yang tidaklah padu sangat. Jika cepat reflect, mungkin penjaga gol Blackpool tu mampu save bola tersebut.

8. Cesc Fabregas dan Robin van Persie masuk untuk menambah garam permainan. Bak kata commentator, they come in to add the salt.

9. Dan kemasukan mereka membuahkan hasil. Chamakh menandakan kedatangannya ke Liga Perdana Inggeris dengan gol tandukan hasil corner van Persie. Arsene Wenger pasti puas hati kerana pembelian Chamakh adalah untuk 'menanduk bola', salah satu kekurangan Arsenal selama ini. Aerial ability Chamakh terbukti dengan gol ini. Saya perasan bila corner Arsenal seterusnya yang target kepala Chamakh, 2 orang defender Blackpool akan mark beliau.

Blackpool pada pendapat saya, suka bermain long ball. Ala-ala Liverpool sikit. Arsenal pula kembali bertaubat. Mereka bermain seperti Arsenal yang sebenar. Hantaran pendek yang tepat ke kaki, dan serangan balas yang pantas.

Tapi di mapley tadi, ada seorang mamat mana tah, minat Alex Song. Saya rasa nak karate meja dia. Tapi tadi pun minum kawan saya yang belanja, nanti patah meja mana saya nak cekau duit nak bayar kan? :P

Nota tambahan : Chelsea tiru Arsenal dengan membelasah Wigan 6-0. Dan-dan la pula.. Apa-apahal pun pemain Fantasy Football saya, Florent Malouda score. Heheh.

Friday, August 20, 2010

Cerita dari Emirates.

Stadium Emirates bakal menerima kunjungan pasukan yang baharu dipromosi, Blackpool malam ini. Pasukan yang digelar The Tangerines itu baru sahaja membelasah skuad Wigan 4-0 di JJB Stadium, tempat di mana Arsenal dan Manchester United dipaksa bekerja keras ketika menetang Wigan pada musim lepas. Marlon Harewood menjaringkan 2 gol dalam perlawanan tersebut.

Prestasi Arsenal ketika menentang Liverpool minggu lepas bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Ketiadaan pemain utama mungkin boleh dijadikan alasan. Blackpool pula pastinya mempamerkan corak menyerang, sama seperti yang mereka tunjukkan ketika menetang Wigan minggu lepas.

Skuad Arsenal akan diperkuatkan dengan kehadiran pemain yang beraksi pada final Piala Dunia 2010, Robin van Persie dan Cesc Fabregas yang dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona sepanjang musim panas ini. Persie yang diberi penghormatan menyarung jersi nombor 10 tampak akan memulakan permainan setelah masuk sebagai pemain gantian pada perlawanan minggu lepas. Fabregas yang sudah mempunyai rehat secukupnya (Ya, rehat dari keletihan bermain untuk Sepanyol dan keletihan berdepan situasi perpindahan yang melibatkan emosi) bakal memimpin pemain-pemain Arsenal menetang Blackpool.

Ketiadaan Laurent Koscielny yang digantung akibat kad merah minggu lepas bakal digantikan oleh Johan Djourou atau Alex Song yang kembali cergas. Skuad Arsenal adalah skuad yang malang apabila bercakap mengenai kecederaan. Emmanuel Frimpong cedera semasa latihan, Samir Nasri cedera dalam perlawanan minggu lepas dan Nikolas Bendtner dan pemain muda berbakat Aaron Ramsey masih belum sembuh. Denilson pula berdepan masalah fitness.

Blackpool?


Pekerjaan sampingan Harewood ketika bermain bersama West Ham.

Saya kesuntukan masa (dan err, malas sebenarnya) untuk mencari maklumat mengenai mereka. Apa yang saya tahu, mereka akan bermain tanpa tekanan, menyerang dan mempunyai penyerang berbahaya iaitu Harewood. Harewood pernah bermain untuk West Ham dan sudah tentu masak dengan asam garam Liga Perdana Inggeris. Harewood juga pernah menjaringkan gol ketika menentang Arsenal pada Piala FA 2006.

Hmmm.. Apa lagi ye?

Pemain tumpuan sudah pastilah Marlon Harewood dan Robin van Persie.

Prediction saya, Arsenal 5-0 Blackpool. Heheh. :P

Wednesday, August 18, 2010

Bengap.

" Latihan di China Batal ", saya baca tajuk tabloid Harian Metro semalam.

"Gara-gara kegagalan FAM atur perlawanan kompetitif dengan beberapa pasukan negara itu", subheadline untuk berita tu.

Amacam? Nampak tak bagaimana kebodohan FAM dalam hal-hal berkaitan tugas mereka? Selepas pemilihan pengurusan baharu baru-baru ni, geng-geng FAM ni sembang memang lebat, bak kata orang Utara. Sembang kencang kata mahu menaikkan imej bolasepak. Mana perginya imej tu? Nak naikkan imej macam mana kalau tak bersedia? Bengap.

Pasukan ini adalah dalam persiapan untuk ke Sukan Asia di Guangzhou yang akan diadakan dalam masa 3 bulan saja lagi. Saya pasti, jika persiapan tidak dilakukan, tidak mustahil skuad negara akan dibelasah seperti tragedi Piala Asia 2007. (sedikit pengecualian sebab skuad ini pada pendapat saya mampu bermain jauh lebih baik berbanding skuad Piala Asia 2007 tersebut)

Mana Timbalan-timbalan, Exco-exco yang berduit banyak, tapi lembab dan bodoh otak pemikiran mereka? Yang saya tahu, mereka-mereka ni berpangkat semuanya dan tak ketinggalan diterajui kerabat diraja lagi. Takkan perkara-perkara sepenting macam ni tak boleh diselesaikan? Bodoh.



Jari tengah untuk FAM.

Klik untuk tahu kebengapan seterusnya FAM.

Klik untuk baca berita tersebut di myMetro.

Dan ini pula kecelakaan FAM.

Monday, August 16, 2010

Blunder of the day.

Arsenal adalah sebuah kelab bolasepak yang gagah, handal, kuat dan digeruni kelab-kelab bolasepak yang lain. Peminat-peminat Manchester United sendiri mengakui kehebatan Arsenal. Peminat Chelsea menggelabah bila berdepan Arsenal. Peminat Liverpool? Awal-awal lagi menyerah kalah agaknya bila pasukan mereka berdepan Arsenal. :P

Tetapi itu ketika zaman The Invincible. Berdasarkan pengamatan saya kepada skuad sekarang, amat sukar bagi Arsenal menjuarai liga kerana mereka tidak cukup pemain-pemain yang mampu bermain dengan baik. Maksud saya jika pemain utama mereka cedera, pemain simpanan mereka tidak mampu untuk bermain sebagus pemain utama untuk menentang pasukan lawan.

Baik, sebenarnya saya mahu merebiu perlawanan Liverpool vs Arsenal semalam.

Saya mula menonton perlawanan pada minit ke-36 separuh masa pertama. Ini semua gara-gara seorang pakcik yang tak tahu apa-apa 'menjaga' remote control Astro di kedai yang saya lepak. Akhirnya saya ke rumah sepupu saya untuk menonton perlawanan tersebut.

Tak ada apa yang boleh dikatakan untuk separuh masa pertama kecuali kad merah Joe Cole kerana mengasari Laurent Koscielny.

Secara keseluruhan, tak banyak yang menarik tentang perlawanan ni. Cuma pada separuh masa kedua barulah sedikit menarik perlawanan ini.

Sebaik bermula separuh masa kedua, Liverpool terus menyerang. Hasil ketidaksefahaman pemain Arsenal, Glenn Johnson merampas bola dari kesilapan hantaran pemain Arsenal dan melorongkan bola kepada David Ngog. Ngog tidak mensia-siakan peluang dan merembat bola melepasi penjaga gol Manuel Almunia.




"Tahun ni gua mahu score lagi banyak daripada Abang Torres" - getus David Ngog dalam hati.

Dari gol tersebut, jelas bahawa Arsenal perlu mendapatkan penjaga gol yang lebih baik.

Selepas itu, Liverpool kerap mendapat set-piece dan gerakan set-piece mereka cukup bahaya. Ngog melepaskan peluang menjaringkan gol menerusi tandukan. Begitu juga Martin Skrtel.

Liverpool bertahan dengan baik memandangkan mereka bermain dengan 10 orang selepas Cole dibuang padang. Pada minit ke 70, Thomas Vermaleen mensia-siakan hantaran Tomas Rosicky apabila tandukannya tersasar. Theo Walcott dan Rosicky berpeluang menjaringkan gol tapi dihalang kehebatan Jose Reina.

Persembahan hebat Reina jelas menunjukkan mengapa Arsenal mahu membelinya.

Bagaimanpun, persembahan hebat Reina hanya bertahan selama 89 minit. Pada minit ke-90, Reina gagal membaca hantaran tinggi Rosicky. Marouane Chamakh mencabar Reina dan bola terkena tiang. Reina cuba menangkap bola tersebut tetapi bola tersebut fumbles dan hasilnya, it was an incredible own goal by Reina.

Saya dan sepupu ketawa melihat gol tersebut.




Aksi Reina ketika 'menjaringkan gol'.


Sepanjang perlawanan, Liverpool bermain cukup baik. Apabila mendapat bola, mereka pantas menolak ke atas dan menyerang. Mereka juga bertahan dengan baik kerana telah mendapat gol pendahuluan. Secara jujur, saya rasa Liverpool mampu memenangi perlawanan ini walaupun kekurangan seorang pemain.

Arsenal? Saya geleng kepala melihat mereka bermain.

Sunday, August 15, 2010

Sesi pengenalan.

Salam bahagia.

Eh, macam nak baca berita RTM pula. Ok, my.footy.side adalah blog yang saya create untuk memenuhi tuntutan nafsu saya untuk menulis tentang bolasepak.

Sebenarnya idea untuk menulis blog bolasepak sudah lama saya fikirkan, sejak saya mula menulis di blog peribadi saya lagi. Tapi disebabkan masa tu tiada Internet access yang tetap, idea saya berkubur begitu sahaja.

Musim Liga Perdana Inggeris baharu saja bermula minggu ni. Sebagai sebuah liga yang dianggap paling berprestij di dunia, Liga Perdana Inggeris amat ditunggu-tunggu oleh para peminatnya di seluruh dunia. Tambahan pula demam Piala Dunia 2010 belum lagi kebah, jadi amat sesuailah untuk para peminat dijangkiti pula oleh demam Liga Perdana Inggeris.

Saya akui, saya bukanlah pakar dan tahu sangat tentang bolasepak. Tapi disebabkan passion yang tinggi terhadap bolasepak, saya mahu juga mendedikasikan satu blog untuk sukan paling diminati ini.

Ok, saya mahu tidur. Nantikan rebiu pertama saya esok, bila saya sudah mendapat capaian Internet yang lebih laju. (Ya, saya salah seorang pengguna Maxis Broadband yang super-lembab itu)