Thursday, September 15, 2011

Ulasan berat sebelah perlawanan pertama liga juara-juara


Pada hari semalam dan dua malam lepas, liga juara-juara Eropah mula membuka tirai. Kita di Malaysia tak terkecuali terasa excited untuk menyaksikan perlawanan-perlawanan yang berlangsung tanpa menghiraukan waktu tidur mahupun bemesra dengan isteri.
Kita terus kepada perlawanan chelsea vs beyer leverkusen. Game pertama buat AVB mengendalikan Chelsea dalam liga juara-juara ni. Tekanan kepada Torres sebab dia berpindah dari Liverpool pun kabornye sebab nak main champions league.Tu sampingan jela kot, takat nak main champions league, kenapa tak ke Vikroria Pizen je.
Result menunjukkan chelsea berada kelas atas sikit berbanding leverkusen. Tengok cara Ballack one by one dengan Cech, nampak sangat sebab Ballack dijual. (Tanpa mengambil kira prestasi Ballack ketika zaman gemilangnya). Dua assist yang baik dari Torres, dan David Luiz memberi sebab kenapa dia perlu masuk padang awal masa lawan MU hujung minggu ni.

Perlawanan seterusnya aku suka nak huraikan ialah Barcelona lawan AC Milan. Minit pertama Pato meluru laju meninggalkan Busquet untuk memalukan Valdes di celah kangkang. Kata Pep Guardiola, "Usain Bolt pun tak boleh kejar". Tapi aku rasa Busquet yang slow mengelamun, dan aku rasa Usain Bolt kalau tau konfirm dia ajak lawan lari bersama Pato dan Guardiola sekali. Perlawanan berakhir 2-2 di mana Milan begitu berdisiplin meletakkan bas di hadapan gol, dan nasib jugak menyebelahi Milan, haram tak serang, last- last dapat corner kick dan Silva tanduk masuk. Aku nak tau soal teknikal bolasepak seorang goalkeeper, bola tengah-tengah macam Silva tanduk tu susah nak save ke? (Aku antara pemain hebat (ceh) tapi tak main keeper.)

Perlawanan Dortmund menentang Arsenal pula, gol beberapa minit sebelum tamat perlawanan merobek hati peminat,pemain dan khasnya jurulatih Arsenal. Apa bala menimpa Arsenal ni weh. Korang boleh explain tak..

Man City memulakan langkah memasuki champions league dengan bangga diri, setelah beberapa tahun mencuba, setelah diberi peluang oleh Spurs dan diragut peluang dari Liverpool.huhu. Tapi seri je dorang dapat menerima kunjungan kelab power dari Italy. Aguero menentang bekas kelab bapak mertuanya, Maradona. Ah, takde kena mengena.

Intermilan pula terus menerima nasib malang, percubaan ke pintu gol lawan bertubi-tubi, tapi keeper Trabzonspor haram power gila makan apa woi. Last-last makan kuah je lah Inter. Kalah di tempat sendiri memang mengaibkan macam londeh seluar sambil menyepak penalti.

Last skali , MU sekadar seri dengan Benfica, hoh, masih di landasan tepat rupanya bolasepak di dunia ni. Nasib tak mengamuk lagi ni si setan ni. Lembut jugak hati ko ye. Ok done rangkuman berat sebelah aku, nama pun berat sebelah maknanya bukan semua game aku nak cerita.


Ok lagi sekali, selamat berhujung minggu semua.Selamat Hari Malaysia.

Friday, August 12, 2011

Musim baru start malam ni

Hari ni bertarikh 13 ogos 2011, blog ni kembali aku log in dan klik 'new post'.hampir 10 bulan dah tiada entry baru. Tak apa, musim baru nak bermula malam ni, jadi semangat nak tonton bola lain macam. Perkhabaran perpindahan pemain jugak tak kurang enaknya.
Badrol Baktiar diintai Wigan?
Safie Sali diskodeng kelab Jerman?
Apa??

Style la kalian! aku gembira juga walaupun mungkin tu cuma gosip - gosip liar di bulan Ramadhan.

Okeylah, pindah-pindah rumah bagi pemain BPL aku rasa korang pun dah arif, dan update dengan cerita-cerita terkini. Jadi marilah menyokong pasukan masing-masing tanpa prejudis dan cuba-cuba untuk bertukar pasukan kegemaran.

Dan season ni aku rasa Arsenal akan pakai bantuan pernafasan, (kecuali kalau dorang dapat sorang attacking midfield dan centre midfield yang power).
Dan lagi, Man City daripada sudut pandangan harta dunia yang dilaburkan serta dileburkan, pemain-pemain mereka ada kelebihan nak buat kejutan. Man Utd tak perlu komen sebab semua dah tau team ni akan jadi liat. Cuma kita belum tengok DeGea beraksi untuk liga orang england ni.

Chelsea? Dengan pengurus muda bergetah, kacak lagi bergaya, tak ada hal nak buru kejuaraan.

Dah la takat tu, aku nak tidur sampai waktu buka puasa nanti.Salam