Showing posts with label Arsenal. Show all posts
Showing posts with label Arsenal. Show all posts

Saturday, October 16, 2010

Entri baru habis internship : Kelab bolasepak cantik lawan kelab bolasepak ganas, di Emirates.

Apa tajuk tu? Baru habis internship? Tak ada kaitan dengan bolasepak kan?

Ya memang tak ada. Saja letak sebab aku sudah habis praktikal. Hehe.

Malam ini pada pukul 9.55 malam waktu 1Malaysia, pasukan bolasepak cantik iaitu Arsenal bakal berhadapan kelab bolasepak lemah, tapi mampu memberi tentangan dengan corak bolasepak kasar mereka iaitu Birmingham City.

Kenapa kasar?

Pada 23 February 2008, terjahan kasar Martin Taylor (bermain untuk Birmingham ketika itu) menyebabkan Eduardo da Silva (sekarang bermain untuk Shahktar Donestk) patah kaki dan berehat selama setahun. Sky Sports, pihak yang mendapat hak penyiaran perlawanan tersebut membuat keputusan tiada ulangan video untuk insiden tersebut, menunjukkan betapa horror-nyainsiden tersebut. Aku tidak menonton game tersebut secara live, tapi aku melihat video ulangan insiden tersebut di Youtube, itupun sekali sahaja.

Insiden tersebut dikatakan menjadi penyebab kepada kegagalan Arsenal menjulang gelaran liga musim tersebut dan sehingga musim lepas.

Kenapa begitu?

Sebelum insiden terjahan tersebut, kehadiran Eduardo, yang digelar "musang di dalam kotak penalti" (Fox in the box) kerana ketajamannya di dalam kotak penalti, membantu Arsenal menghuni kedudukan teratas EPL pada bulan February 2008. Sebagai seorang peminat Arsenal, aku percaya Eduardo akan membawa kejayaan kepada Arsenal. Aku cukup pasti sebab Eduardo adalah pemain yang sudah lama tiada dalam pasukan Arsenal, iaitu penjaring gol sejati. Selepas pulih dari cedera patah kaki, prestasi Eduardo jatuh merudum, bukan lagi seperti Eduardo yang aku kenal sebelum cedera patah kaki tersebut.

Ok, tutup cerita Eduardo, semoga beliau berjaya di Shahktar Donestk dan kembali ke prestasi sebenar beliau.

Arsenal dijangka mendapat suntikan baru malam ini selepas berita gembira kehadiran semula Nicklas Bendtner, Theo Walcott dan Kieran Gibbs. Manuel Almunia, Cesc Fabregas, Bakary Sagna, Thomas Vermaelen, Emmanuel Frimpong, Aaron Ramsey dan Robin van Persie masih cedera. Senarai kecederaan ditambah dengan Laurent Koscielny yang mendapat kecederaan belakang.

Oh lupa, ini adalah perlawanan ke 800 bagi Arsene Wenger sepanjang kareernya mengurus Arsenal.

Posisi goalkeeper dijangka kekal dengan Lukasz Fabianski, pertahanan diketuai oleh Sebastien Squillaci yang dan bakal bergandingan dengan Johan Djourou. Bek kiri adalah Gael Clichy dan bek kanan adalah Emmanuel Eboue. Bahagian tengah akan diisi dengan Samir Nasri, Andrey Arshavin, Alex Song, Jack Wilshere dan Thomas Rosicky, Denilson atau Abou Diaby. Striker adalah Maroune Chamakh.

Arsenal kalah dua game berturut-turut sebelum ini, kepada West Bromwich Albion dan Chelsea. Punca kalah kepada West Brom adalah kena counter-attack dan kebengapan penjaga goal perlawanan tersebut iaitu Almunia. Kekalahan kepada Chelsea pula adalah sebab tidak menyempurnakan peluang terhidang. Jadi tadi lepas bangun pagi, aku terus text Arsene Wenger supaya tak ulang lagi kesilapan mereka. Arsene Wenger balas dengan nada perli; "Kami pun manusia juga, tak sempurna,". Cilaka punya Wenger.

Err..untuk pasukan Birmingham pula, err, aku malas nak Google. Tunggu saja perlawanan malam ni.

Penulis-penulis lain pula aku faham kenapa tiada update pasukan mereka. Mereka sibuk dengan final exam, project sekolah dan test. Kehkehkeh..

Friday, September 17, 2010

Entri sambil makan ketupat : Sunderland vs Arsenal.

Malam ini di Stadium Cahaya (Stadium of Light), Sunderland bakal berdepan sebuah kelab bolasepak yang kuat, gagah dan perkasa dalam Liga Perdana Inggeris iaitu Arsenal.

Dalam perlawanan peretengahan minggu Champions League baru-baru ni, Arsenal mengalahkan Braga 6-0 di Stadium Emirates. 6-0 ok? Dan dalam saingan Champions League, bukan Europa League ye.

Tapi secara peribadinya, perlawanan tu tak boleh dijadikan kayu pengukur yang kukuh sangat. Hasil risikan dalam YouTube, gol-gol Arsenal macam biasa, superb. Tapi saya rasa Braga tidaklah memberi tentangan sangat. Lagipun Braga baru pertama kali membuat penampilan dalam Champions League, jadi mereka kurang berpengalaman.

Jadi menentang Sunderland, opponent yang lebih kuat daripada Sporting Braga akan menjadi cabaran sebenar kepada Arsenal. Pastinya Sunderland kurang hormat (hormat dalam ertikata sukan) terhadap Arsenal berbanding hormatnya Braga kepada Arsenal.

Saya mulakan dengan Sunderland.

Malam ini Sunderland bakal menurunkan 2 pemain yang baru dibeli, yang menyinar dalam Piala Dunia 2010 yang lepas. Cristian Riveros dari Paraguay dan Asamoah Gyan dari Ghana. Secara peribadi, saya sukakan kedua-duanya hasil persembahan Piala Dunia mereka.

Cristion Riveros : Bukan Cristiano Ronaldo saja yang kacak, gua pun layak jadi model juga.

Ketua pasukan Lee Cattermole digantung dan Micheal Turner pula cedera. John Mensah juga mengalami kecederaan kecil dan doubtful untuk diturunkan. Yang lain semua ok untuk diturunkan.

Mereka mungkin bermain 4-5-1 kerana taktik inilah yang membolehkan mereka menang dengan pasukan banyak-duit-tapi-bengap-main-bola, iaitu Manchester City.

Ok, waktu yang ditunggu-tunggu ramai, Arsenal pula. Kehkehkeh..

Arsenal bakal turun dengan semangat tinggi dan mahu meneruskan momentum mereka bermain dengan baik di awal musim. Persembahan Cesc Fabregas yang kembali meningkat, ketajaman Marouane Chamakh dan barisan serangan, dan persembahan baik daripada pembelian pemain baru (Chamakh, Laurent Koscielny dan Sebastian Squillaci) adalah kunci momentum mereka.

Tetapi Arsenal tetap Arsenal. Kecederaan adalah badi mereka 4-5 tahun kebelakangan ini. Abou Diaby, Robin van Persie, Nicklas Bentdner, Aaron Ramsey, Thomas Vermaelen dan Theo Walcott masih cedera.

Pemain tumpuan adalah Cesc Fabregas dan Asamoah Gyan.

Prediction saya, kemenangan berpihak kepada Arsenal dengan scoreline 2-1.Kehkehkeh..

Monday, August 16, 2010

Blunder of the day.

Arsenal adalah sebuah kelab bolasepak yang gagah, handal, kuat dan digeruni kelab-kelab bolasepak yang lain. Peminat-peminat Manchester United sendiri mengakui kehebatan Arsenal. Peminat Chelsea menggelabah bila berdepan Arsenal. Peminat Liverpool? Awal-awal lagi menyerah kalah agaknya bila pasukan mereka berdepan Arsenal. :P

Tetapi itu ketika zaman The Invincible. Berdasarkan pengamatan saya kepada skuad sekarang, amat sukar bagi Arsenal menjuarai liga kerana mereka tidak cukup pemain-pemain yang mampu bermain dengan baik. Maksud saya jika pemain utama mereka cedera, pemain simpanan mereka tidak mampu untuk bermain sebagus pemain utama untuk menentang pasukan lawan.

Baik, sebenarnya saya mahu merebiu perlawanan Liverpool vs Arsenal semalam.

Saya mula menonton perlawanan pada minit ke-36 separuh masa pertama. Ini semua gara-gara seorang pakcik yang tak tahu apa-apa 'menjaga' remote control Astro di kedai yang saya lepak. Akhirnya saya ke rumah sepupu saya untuk menonton perlawanan tersebut.

Tak ada apa yang boleh dikatakan untuk separuh masa pertama kecuali kad merah Joe Cole kerana mengasari Laurent Koscielny.

Secara keseluruhan, tak banyak yang menarik tentang perlawanan ni. Cuma pada separuh masa kedua barulah sedikit menarik perlawanan ini.

Sebaik bermula separuh masa kedua, Liverpool terus menyerang. Hasil ketidaksefahaman pemain Arsenal, Glenn Johnson merampas bola dari kesilapan hantaran pemain Arsenal dan melorongkan bola kepada David Ngog. Ngog tidak mensia-siakan peluang dan merembat bola melepasi penjaga gol Manuel Almunia.




"Tahun ni gua mahu score lagi banyak daripada Abang Torres" - getus David Ngog dalam hati.

Dari gol tersebut, jelas bahawa Arsenal perlu mendapatkan penjaga gol yang lebih baik.

Selepas itu, Liverpool kerap mendapat set-piece dan gerakan set-piece mereka cukup bahaya. Ngog melepaskan peluang menjaringkan gol menerusi tandukan. Begitu juga Martin Skrtel.

Liverpool bertahan dengan baik memandangkan mereka bermain dengan 10 orang selepas Cole dibuang padang. Pada minit ke 70, Thomas Vermaleen mensia-siakan hantaran Tomas Rosicky apabila tandukannya tersasar. Theo Walcott dan Rosicky berpeluang menjaringkan gol tapi dihalang kehebatan Jose Reina.

Persembahan hebat Reina jelas menunjukkan mengapa Arsenal mahu membelinya.

Bagaimanpun, persembahan hebat Reina hanya bertahan selama 89 minit. Pada minit ke-90, Reina gagal membaca hantaran tinggi Rosicky. Marouane Chamakh mencabar Reina dan bola terkena tiang. Reina cuba menangkap bola tersebut tetapi bola tersebut fumbles dan hasilnya, it was an incredible own goal by Reina.

Saya dan sepupu ketawa melihat gol tersebut.




Aksi Reina ketika 'menjaringkan gol'.


Sepanjang perlawanan, Liverpool bermain cukup baik. Apabila mendapat bola, mereka pantas menolak ke atas dan menyerang. Mereka juga bertahan dengan baik kerana telah mendapat gol pendahuluan. Secara jujur, saya rasa Liverpool mampu memenangi perlawanan ini walaupun kekurangan seorang pemain.

Arsenal? Saya geleng kepala melihat mereka bermain.