Monday, August 16, 2010

Blunder of the day.

Arsenal adalah sebuah kelab bolasepak yang gagah, handal, kuat dan digeruni kelab-kelab bolasepak yang lain. Peminat-peminat Manchester United sendiri mengakui kehebatan Arsenal. Peminat Chelsea menggelabah bila berdepan Arsenal. Peminat Liverpool? Awal-awal lagi menyerah kalah agaknya bila pasukan mereka berdepan Arsenal. :P

Tetapi itu ketika zaman The Invincible. Berdasarkan pengamatan saya kepada skuad sekarang, amat sukar bagi Arsenal menjuarai liga kerana mereka tidak cukup pemain-pemain yang mampu bermain dengan baik. Maksud saya jika pemain utama mereka cedera, pemain simpanan mereka tidak mampu untuk bermain sebagus pemain utama untuk menentang pasukan lawan.

Baik, sebenarnya saya mahu merebiu perlawanan Liverpool vs Arsenal semalam.

Saya mula menonton perlawanan pada minit ke-36 separuh masa pertama. Ini semua gara-gara seorang pakcik yang tak tahu apa-apa 'menjaga' remote control Astro di kedai yang saya lepak. Akhirnya saya ke rumah sepupu saya untuk menonton perlawanan tersebut.

Tak ada apa yang boleh dikatakan untuk separuh masa pertama kecuali kad merah Joe Cole kerana mengasari Laurent Koscielny.

Secara keseluruhan, tak banyak yang menarik tentang perlawanan ni. Cuma pada separuh masa kedua barulah sedikit menarik perlawanan ini.

Sebaik bermula separuh masa kedua, Liverpool terus menyerang. Hasil ketidaksefahaman pemain Arsenal, Glenn Johnson merampas bola dari kesilapan hantaran pemain Arsenal dan melorongkan bola kepada David Ngog. Ngog tidak mensia-siakan peluang dan merembat bola melepasi penjaga gol Manuel Almunia.




"Tahun ni gua mahu score lagi banyak daripada Abang Torres" - getus David Ngog dalam hati.

Dari gol tersebut, jelas bahawa Arsenal perlu mendapatkan penjaga gol yang lebih baik.

Selepas itu, Liverpool kerap mendapat set-piece dan gerakan set-piece mereka cukup bahaya. Ngog melepaskan peluang menjaringkan gol menerusi tandukan. Begitu juga Martin Skrtel.

Liverpool bertahan dengan baik memandangkan mereka bermain dengan 10 orang selepas Cole dibuang padang. Pada minit ke 70, Thomas Vermaleen mensia-siakan hantaran Tomas Rosicky apabila tandukannya tersasar. Theo Walcott dan Rosicky berpeluang menjaringkan gol tapi dihalang kehebatan Jose Reina.

Persembahan hebat Reina jelas menunjukkan mengapa Arsenal mahu membelinya.

Bagaimanpun, persembahan hebat Reina hanya bertahan selama 89 minit. Pada minit ke-90, Reina gagal membaca hantaran tinggi Rosicky. Marouane Chamakh mencabar Reina dan bola terkena tiang. Reina cuba menangkap bola tersebut tetapi bola tersebut fumbles dan hasilnya, it was an incredible own goal by Reina.

Saya dan sepupu ketawa melihat gol tersebut.




Aksi Reina ketika 'menjaringkan gol'.


Sepanjang perlawanan, Liverpool bermain cukup baik. Apabila mendapat bola, mereka pantas menolak ke atas dan menyerang. Mereka juga bertahan dengan baik kerana telah mendapat gol pendahuluan. Secara jujur, saya rasa Liverpool mampu memenangi perlawanan ini walaupun kekurangan seorang pemain.

Arsenal? Saya geleng kepala melihat mereka bermain.

No comments:

Post a Comment