Sunday, August 29, 2010

Al-Fatihah untuk Arwahyarham Isa Bakar....

arwahyarham isa bakar
Sapa tak kenal dengan Isa Bakar. Bekas penyerang negara dan pernah menharumkan nama negara sekitar tahun 1974 - 1979. Pernah bermain bersama Arwahyarham mokhtar dahari, mendian r.arumugam, santokh singh dan soh chin aun. Pagi sabtu 28 Ogos perginya seorang lagi lagenda bola sepak negara. Beliau meninggal dunia pada usia 58 tahun.

Beliau juga merupakan lagenda bola sepak Penang. Pernah memenangi Piala Malaysia bersama Penang pada tahun 1974 dan sejak dari itu Penang tidak pernah memenangi Piala Malaysia.

Sebagai peminat bola sepak yang muslim, molek lah kita sedekahkan al-fatihah kepada arwah. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Isa Bakar. Jasa dan sumbangan beliau terhadap bola sepak negara patut dihargai. Semoga roh-nya di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..amin...

Al-Fatihah untuk Arwahyarham Isa Bakar....

peminat bola sepak negara,
dangdingdong

The El-Nino Show...

Liverpool 1 - West Brom 0...

Boleh la dari tak memang langsung. Aku harap lepas nie Liverpool lebih konsisten. Dengan ada-nya rekrut baru raul meireles, aku harap akan bertambah la kekuatan Liverpool. Lepas nie game dengan birmingham. Seminggu kemudian jumpa man united. Harap-harap masa jumpa si setan merah tamau la jadi cap ayam brand lagi.

Sebenarnya game tadi aku tak tengok pun. Maklum la bulan puasa(bulan untuk beribadat la katakan..hehe). Tapi aku baca dan tengok highlight, aku yakin game tersebut membosankan. Maybe awal season lagi kot(sampai bila pun tatau..hailaa).

Sampai sekarang aku masih tatau apa input rekrut baru jovanovic. Dah tiga game, satu gol pun tarak. Kredit harus diberikan kepada the el-nino(the kid). Gol bro torres memang superb. Selain gol badut berbatov, aku yakin gol tersebut boleh dikategorikan antara gol terbaik untuk minggu nie.

Syabas juga kepada gerard dan bro kuyt.

gua yakin abang torres akan terus mengamuk lepas nie...

Ada juga perasaan iri hati dan busuk hati bila team lain boleh memang sampai 6 bijik...

peminat Liverpool yang sopan-santun,
dangdingdong

Tuesday, August 24, 2010

Brader Rafik Halliche. Tak kenal?


Nama : Rafik Halliche.

Umur : 24 tahun.

Posisi : Pertahanan.

Kelab sebelum ini : Benfica.

Caps antarabangsa : 20 caps bersama Algeria.

Apa? Tak kenal Rafik Halliche? Mari kita lihat sedikit mengenai ini brader.

Brader Rafik Halliche ni baru saja melengkapkan perpindahan ke Fulham dengan yuran perpindahan yang dirahsiakan. Macam yuran nak masuk ke IPTS la pula main rahsia-rahsia ni. Apalah. Halliche sebelum ni menarik perhatian beberapa kelab Liga Perdana Inggeris. Antaranya kelab handalan Liga Perdana Inggeris, Arsenal dan kelab yang baru dipromosi, Newcastle United. Sebelum ni Halliche adalah pemain Benfica dan dipinjamkan ke C.D Nacional of Madeira selama 2 musim terakhir.

Apa yang best sangat pasal brader Halliche ni sampaikan kelab kuat macam Arsenal pun nak beli dia?

Siapa tak kenal ini brader, tolong jangan mengaku bahawa kamu menonton Piala Dunia 2010 Afrika Selatan yang lepas. Halliche bermain kesemua ketiga-tiga perlawanan untuk Algeria dalam tournament tersebut. Membentuk gandingan mantap bersama
Madjid Bougherra dan Nadir Belhadj, mereka mengajar England cara bertahan yang sebenar. Halliche mengawal ketat Wayne Rooney sehinggakan Rooney 'hilang' dan tenggelam dalam perlawanan tersebut.

Kekuatan fizikal adalah salah satu kelebihan Halliche (dan juga kelebihan skuad Algeria) dan kelebihan itu membantunya untuk menangani corak permainan fizikal Liga Perdana Inggeris.

Oleh itu mari kita ucapkan selamat berjaya dan selamat menjalani kehidupan baru di Liga Perdana Inggeris kepada brader Rafik Halliche.

Monday, August 23, 2010

Terus Berharap...

Manchester City 3 - Liverpool 0....

Sukar aku nak terima kenyataan tapi itu lah bola sepak. Apa-apa pun boleh terjadi(aku antara yang tak terkejut bila amri yahya boleh score masa malaysia lawan man u..woha!).

Liverpool tak main macam mereka main ketika lawan meriam karat last week. Pemain seperti glen johnson dan jovanovic sangat mengecewakan. Aku rasa mungkin sebab si sampah lucas main tu sebab liverpool kena ayam.
Apa-apa pun aku kagum permaianan semalam. Menarik dan berbaloi aku bangun sahur awal. Kredit harus diberikan kepada joe hart. Adam johnson, milner, micah richards, toure brothers, tevez sangat hebat.

fans liverpool masih setia dan aku masih berharap liverpool akan bangkit...

kepada semua peminat liverpool...teruskan sokongan anda......:)

peminat bola sepak,
dangdingdong

Oh Liverpool.

Satu dunia dah tahu. Penyokong Liverpool contohnya seperti DangDingDong, peminat Arsenal macam Radzawan dan fan Manchester United macam Ed tahu Liverpool adalah sebuah kelab bolasepak yang ternama. Ternama dalam erti kata lain, terkenal dan dikenali ramai.

Manchester City pula adalah sebuah kelab yang satu bandar dengan kelab yang berlogokan syaitan Manchester United. Carlos Tevez adalah pemain antarabangsa Argentina yang bermain selaku penyerang. Dan selaku penyerang, kenalah sumbat gol macam ni kan?

First goal!

Penalti! Jose Reina goes to the wrong way.

Bukan sebiji, tapi sekali dua brader Tevez 'bubuh'. Saudara Gareth Barry pula superb macam biasa. Dengan England dia tak superb macam ni pula.

Prediction Ed hampir-hampir tepat. Saya rasa Ed predict begitu sebab mahu Liverpool sumbat sebiji, dan dengan harapan yang score tu adalah player yang digunakan untuk Fantasy Football. Tak gitu Ed?

My first preview

Manchester City vs Liverpool
Sebuah kelab bola yang tidak asing lagi di mata dunia(Liverpool) akan menentang sebuah kelab yang sedang pesat membangun(Man.City)....perlawanan seperti ini selalu akan memihak kepada kelab yang lebih besar namanya dan lebih berpengalaman iaitu Liverpool.

Tapi jangan ambil mudah dengan kemampuan Manchester City....mempunyai banyak pemain2 handalan dari pemain utama hingga ke bangku simpanan dan juga permainan yang cukup bersemangat pada setiap perlawanan(mungkin sebab masing2 mahu memastikan tempat dalam kesebelasan utama)

Apa2 pun harap2 match kali ini lebih sengit dan permainan yang berkualiti dari kedua-dua pasukan dan tiada lagi 'on side scoring' 6-0 yang kerap berlaku pada 1st 2 week Epl ni.(mungin sebab manger team kalah tak cukup buat kerja rumah)...waka waka eh eh!!



p/s : aku predict manchester city menang 3-1 dan tq kepada saudara Jeffry kerana entri ini xseberapa dan kpd saudara dangdingdong maaf jika prediction aku tepat...hahaha

Sunday, August 22, 2010

You'll Never Walk Alone

(aku adalah Liverpool die hard fan...hahah)

Assalamualaikum and greetings to all peminat-peminat bola sepak seantero dunia. Hadirnya aku di sini hanya untuk berkongsi ilmu, pendapat, atau apa-apa yang berkaitan dengan bola sepak. Jutaan terima kasih kepada kepada rakan penulis saudara arshavin jepli(aku tahu dia memang peminat fanatik arsenal dan aku cukup takut kalau-kalau liverpool ter'belasah' arsenal last week..hehe). Jeffry perlu wish terima kasih kepada uncle Martin Atkinson(referee perlawanan tersebut) dan bro Reina.

Sejujur-jujurnya aku memang tak banyak ilmu tentang bola sepak. Nak main tu boleh la sikit-sikit. Kelayakan aku tak la setaraf safiq rahim. Biasa la main untuk sekolah tapi tak pernah menang pun..huhu. Aku bukan tak tahu apa terus tapi sederhana la(football is my world..woha!). Aku tak la sehebat serbegeth singh, hasbullah awang, coach sathiananthan, atau pun sultan bola ketika memberi ulasan mengenai sukan paling aku minat ini. Tapi lekeh-lekeh aku pun jose mourinho dok mintak pandangan aku gak pasal bola. Mesut Ozil tu aku yang recommen kat maurinho. :)

Season nie aku yakin liverpool mesti dapat pegang cup. Aku tamau citer kenapa aku minat liverpool bukan meriam berkarat mr.bean. Bagi aku liverpool adalah kelab terbaik dalam sejarah bola sepak england. Tapi aku tamau ungkit sejarah kejayaan liverpool yang sampai sekarang manchester united tak berjaya atasi lagi(arsenal dan chelsea tak payah sembang la..haha). Yang lepas biar la lepas. :)

Dengan kebijaksaan uncle hodgson mengatur strategik dan ditambah pulak rekrut baru seperti bro joe cole, jovanovic dan poulsen, aku yakin gerard dan torres pasti lebih garang.

Apa yang aku harap kami(warga my.footy.side) dapat berkongsi pandangan dengan pembaca blog ini. Kadang-kadang bola sepak membuat ramai orang beremosi dan aku mintak semua yang membaca dapat mengawal emosi jika ada sesuatu pendapat tak sama atau bila mana team kegemaran anda di keji. Nasihat aku kita warga Malaysia hendak lah menyokong pasukan negara kita tak kira menang dan kalah. Tak kira siapa pun presiden FAM sama ada sultan bola, PM Najib ka, yang penting sokong la bola sepak malaysia. Aku paham perasaan semua orang termasuk termasuk saudara jeffry(paling emosi bila citer pasal FAM).  Aku yakin semua orang sayangkan bola sepak malaysia.

Terima kasih mat jepp kerana sudi menjemput aku jadi sebahagian warga my.footy.side. Entry ini aku tulis tanpa sebarang rujukan. Aku mintak maaf kalau terlebih merapu. Aku nak cari material nak buat review game liverpool. Kepada yang membaca tegur la kalau ada yang terkasaq atau apa-apa yang salah.

aku yakin dengan kebijaksaan uncle hodgson...liverpool mesti pegang cup season nie..you'll never walk alone!!....hehe

p/s: kepada sesiapa yang nak tahu apa itu meriam berkarat mr.bean...sila tanya saudara jeffry..beliau lebih arif....:)

peminat Liverpool,
dangdingdong

Saturday, August 21, 2010

Entry versi panjang sedikit : Arsenal kembali bertaubat dan menyesal atas kesalahan lalu.

Oh, tekaan saya tersasar. Bukan 5-0. Tapi 6-0 keputusan perlawanan antara Arsenal dan Blackpool tadi. Ya, Arsenal memberi pengajaran secukupnya kepada pendatang baharu Liga Perdana Inggeris ini dengan persembahan mengkagumkan dari Theo Walcott.

Baik. Let us see this game from my point of view, with Che Det style.

1. Senarai penjaring adalah hattrick hero Walcott, penalti Andrey Arshavin, gol dari teknik Abou Diaby dan tandukan Maroune Chamakh.

2. Saya miss gol pertama Walcott. Biasalah datang lambat ke mapley. Tapi dari half-time review, ia adalah gol hasil kerjasama berpasukan yang baik, ditambah dengan kelekaan benteng The 'Pool yang memberi cukup ruang untuk Walcott berlari bebas dari kanan. Ia melibatkan Arshavin, Tomas Rosicky yang menghantar kepada Chamakh dan lorongan menarik untuk Walcott. Pure Arsenal goal movement.

3. Bercakap mengenai Walcott, dia adalah seorang yang pantas. Tapi kawalan bolanya agak lemah dan perkara paling penting yang perlu diperbaiki adalah how to calm enough in front of goal and finish the chances. Wallcott misses dua peluang yang pada saya, ia sepatutnya gol jika Didier Drogba atau setidak-tidaknya Jermain Defoe berada dalam situasinya.

4. Gol kedua adalah penalti Arshavin. Frankly speaking, I would do the same thing Ian Evatt do if I'm in that situation. And he deserves the red card. But I think that foul is not a penalty. Evatt tackles Chamakh, who runs for a very nice through ball, just before the penalty box line. Bukan di dalam kotak penalti.

Petua mengambil sepakan penalti dari Arshavin. Keluarkan lidah untuk menakut-nakutkan penjaga gol lawan.

5. Disebabkan skuad The Tangerines bermain 10 orang, Arsenal bertambah ribut mengasak lawan. Jack Wilshere menghantar bola kepada Walcott dan Walcott turn dengan baik sebelum merembat bola. Torres and Drogba's typical goal.

6. Abou Diaby adalah seorang pemain yang turun naik prestasinya. He plays well enough in this game. Bacary Sagna mengejar hantaran cantik Rosicky di sebelah kanan and beat one defender before set the ball for Diaby to shoot. That was a very good technique shows by Diaby on how to make that shoot. Pemain-pemain Liga Super Malaysia saya boleh jamin, 99.9% jika bola begitu, pasti bola tu sudah sampai ke bulan.

7. Hattrick Walcott adalah gol mudah. Benteng Blackpool memberi cukup ruang untuk Walcott merembat dengan kaki kiri. Oh ya, dari 2 gol Walcott, jika Edwin van der Sar yang menjaga gawang, kemungkinan untuk tidak bolos mungkin tinggi. Kurang faham ya? Maknanya gol Walcott adalah hasil rembatan yang tidaklah padu sangat. Jika cepat reflect, mungkin penjaga gol Blackpool tu mampu save bola tersebut.

8. Cesc Fabregas dan Robin van Persie masuk untuk menambah garam permainan. Bak kata commentator, they come in to add the salt.

9. Dan kemasukan mereka membuahkan hasil. Chamakh menandakan kedatangannya ke Liga Perdana Inggeris dengan gol tandukan hasil corner van Persie. Arsene Wenger pasti puas hati kerana pembelian Chamakh adalah untuk 'menanduk bola', salah satu kekurangan Arsenal selama ini. Aerial ability Chamakh terbukti dengan gol ini. Saya perasan bila corner Arsenal seterusnya yang target kepala Chamakh, 2 orang defender Blackpool akan mark beliau.

Blackpool pada pendapat saya, suka bermain long ball. Ala-ala Liverpool sikit. Arsenal pula kembali bertaubat. Mereka bermain seperti Arsenal yang sebenar. Hantaran pendek yang tepat ke kaki, dan serangan balas yang pantas.

Tapi di mapley tadi, ada seorang mamat mana tah, minat Alex Song. Saya rasa nak karate meja dia. Tapi tadi pun minum kawan saya yang belanja, nanti patah meja mana saya nak cekau duit nak bayar kan? :P

Nota tambahan : Chelsea tiru Arsenal dengan membelasah Wigan 6-0. Dan-dan la pula.. Apa-apahal pun pemain Fantasy Football saya, Florent Malouda score. Heheh.

Friday, August 20, 2010

Cerita dari Emirates.

Stadium Emirates bakal menerima kunjungan pasukan yang baharu dipromosi, Blackpool malam ini. Pasukan yang digelar The Tangerines itu baru sahaja membelasah skuad Wigan 4-0 di JJB Stadium, tempat di mana Arsenal dan Manchester United dipaksa bekerja keras ketika menetang Wigan pada musim lepas. Marlon Harewood menjaringkan 2 gol dalam perlawanan tersebut.

Prestasi Arsenal ketika menentang Liverpool minggu lepas bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Ketiadaan pemain utama mungkin boleh dijadikan alasan. Blackpool pula pastinya mempamerkan corak menyerang, sama seperti yang mereka tunjukkan ketika menetang Wigan minggu lepas.

Skuad Arsenal akan diperkuatkan dengan kehadiran pemain yang beraksi pada final Piala Dunia 2010, Robin van Persie dan Cesc Fabregas yang dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona sepanjang musim panas ini. Persie yang diberi penghormatan menyarung jersi nombor 10 tampak akan memulakan permainan setelah masuk sebagai pemain gantian pada perlawanan minggu lepas. Fabregas yang sudah mempunyai rehat secukupnya (Ya, rehat dari keletihan bermain untuk Sepanyol dan keletihan berdepan situasi perpindahan yang melibatkan emosi) bakal memimpin pemain-pemain Arsenal menetang Blackpool.

Ketiadaan Laurent Koscielny yang digantung akibat kad merah minggu lepas bakal digantikan oleh Johan Djourou atau Alex Song yang kembali cergas. Skuad Arsenal adalah skuad yang malang apabila bercakap mengenai kecederaan. Emmanuel Frimpong cedera semasa latihan, Samir Nasri cedera dalam perlawanan minggu lepas dan Nikolas Bendtner dan pemain muda berbakat Aaron Ramsey masih belum sembuh. Denilson pula berdepan masalah fitness.

Blackpool?


Pekerjaan sampingan Harewood ketika bermain bersama West Ham.

Saya kesuntukan masa (dan err, malas sebenarnya) untuk mencari maklumat mengenai mereka. Apa yang saya tahu, mereka akan bermain tanpa tekanan, menyerang dan mempunyai penyerang berbahaya iaitu Harewood. Harewood pernah bermain untuk West Ham dan sudah tentu masak dengan asam garam Liga Perdana Inggeris. Harewood juga pernah menjaringkan gol ketika menentang Arsenal pada Piala FA 2006.

Hmmm.. Apa lagi ye?

Pemain tumpuan sudah pastilah Marlon Harewood dan Robin van Persie.

Prediction saya, Arsenal 5-0 Blackpool. Heheh. :P

Wednesday, August 18, 2010

Bengap.

" Latihan di China Batal ", saya baca tajuk tabloid Harian Metro semalam.

"Gara-gara kegagalan FAM atur perlawanan kompetitif dengan beberapa pasukan negara itu", subheadline untuk berita tu.

Amacam? Nampak tak bagaimana kebodohan FAM dalam hal-hal berkaitan tugas mereka? Selepas pemilihan pengurusan baharu baru-baru ni, geng-geng FAM ni sembang memang lebat, bak kata orang Utara. Sembang kencang kata mahu menaikkan imej bolasepak. Mana perginya imej tu? Nak naikkan imej macam mana kalau tak bersedia? Bengap.

Pasukan ini adalah dalam persiapan untuk ke Sukan Asia di Guangzhou yang akan diadakan dalam masa 3 bulan saja lagi. Saya pasti, jika persiapan tidak dilakukan, tidak mustahil skuad negara akan dibelasah seperti tragedi Piala Asia 2007. (sedikit pengecualian sebab skuad ini pada pendapat saya mampu bermain jauh lebih baik berbanding skuad Piala Asia 2007 tersebut)

Mana Timbalan-timbalan, Exco-exco yang berduit banyak, tapi lembab dan bodoh otak pemikiran mereka? Yang saya tahu, mereka-mereka ni berpangkat semuanya dan tak ketinggalan diterajui kerabat diraja lagi. Takkan perkara-perkara sepenting macam ni tak boleh diselesaikan? Bodoh.



Jari tengah untuk FAM.

Klik untuk tahu kebengapan seterusnya FAM.

Klik untuk baca berita tersebut di myMetro.

Dan ini pula kecelakaan FAM.

Monday, August 16, 2010

Blunder of the day.

Arsenal adalah sebuah kelab bolasepak yang gagah, handal, kuat dan digeruni kelab-kelab bolasepak yang lain. Peminat-peminat Manchester United sendiri mengakui kehebatan Arsenal. Peminat Chelsea menggelabah bila berdepan Arsenal. Peminat Liverpool? Awal-awal lagi menyerah kalah agaknya bila pasukan mereka berdepan Arsenal. :P

Tetapi itu ketika zaman The Invincible. Berdasarkan pengamatan saya kepada skuad sekarang, amat sukar bagi Arsenal menjuarai liga kerana mereka tidak cukup pemain-pemain yang mampu bermain dengan baik. Maksud saya jika pemain utama mereka cedera, pemain simpanan mereka tidak mampu untuk bermain sebagus pemain utama untuk menentang pasukan lawan.

Baik, sebenarnya saya mahu merebiu perlawanan Liverpool vs Arsenal semalam.

Saya mula menonton perlawanan pada minit ke-36 separuh masa pertama. Ini semua gara-gara seorang pakcik yang tak tahu apa-apa 'menjaga' remote control Astro di kedai yang saya lepak. Akhirnya saya ke rumah sepupu saya untuk menonton perlawanan tersebut.

Tak ada apa yang boleh dikatakan untuk separuh masa pertama kecuali kad merah Joe Cole kerana mengasari Laurent Koscielny.

Secara keseluruhan, tak banyak yang menarik tentang perlawanan ni. Cuma pada separuh masa kedua barulah sedikit menarik perlawanan ini.

Sebaik bermula separuh masa kedua, Liverpool terus menyerang. Hasil ketidaksefahaman pemain Arsenal, Glenn Johnson merampas bola dari kesilapan hantaran pemain Arsenal dan melorongkan bola kepada David Ngog. Ngog tidak mensia-siakan peluang dan merembat bola melepasi penjaga gol Manuel Almunia.




"Tahun ni gua mahu score lagi banyak daripada Abang Torres" - getus David Ngog dalam hati.

Dari gol tersebut, jelas bahawa Arsenal perlu mendapatkan penjaga gol yang lebih baik.

Selepas itu, Liverpool kerap mendapat set-piece dan gerakan set-piece mereka cukup bahaya. Ngog melepaskan peluang menjaringkan gol menerusi tandukan. Begitu juga Martin Skrtel.

Liverpool bertahan dengan baik memandangkan mereka bermain dengan 10 orang selepas Cole dibuang padang. Pada minit ke 70, Thomas Vermaleen mensia-siakan hantaran Tomas Rosicky apabila tandukannya tersasar. Theo Walcott dan Rosicky berpeluang menjaringkan gol tapi dihalang kehebatan Jose Reina.

Persembahan hebat Reina jelas menunjukkan mengapa Arsenal mahu membelinya.

Bagaimanpun, persembahan hebat Reina hanya bertahan selama 89 minit. Pada minit ke-90, Reina gagal membaca hantaran tinggi Rosicky. Marouane Chamakh mencabar Reina dan bola terkena tiang. Reina cuba menangkap bola tersebut tetapi bola tersebut fumbles dan hasilnya, it was an incredible own goal by Reina.

Saya dan sepupu ketawa melihat gol tersebut.




Aksi Reina ketika 'menjaringkan gol'.


Sepanjang perlawanan, Liverpool bermain cukup baik. Apabila mendapat bola, mereka pantas menolak ke atas dan menyerang. Mereka juga bertahan dengan baik kerana telah mendapat gol pendahuluan. Secara jujur, saya rasa Liverpool mampu memenangi perlawanan ini walaupun kekurangan seorang pemain.

Arsenal? Saya geleng kepala melihat mereka bermain.

Sunday, August 15, 2010

Sesi pengenalan.

Salam bahagia.

Eh, macam nak baca berita RTM pula. Ok, my.footy.side adalah blog yang saya create untuk memenuhi tuntutan nafsu saya untuk menulis tentang bolasepak.

Sebenarnya idea untuk menulis blog bolasepak sudah lama saya fikirkan, sejak saya mula menulis di blog peribadi saya lagi. Tapi disebabkan masa tu tiada Internet access yang tetap, idea saya berkubur begitu sahaja.

Musim Liga Perdana Inggeris baharu saja bermula minggu ni. Sebagai sebuah liga yang dianggap paling berprestij di dunia, Liga Perdana Inggeris amat ditunggu-tunggu oleh para peminatnya di seluruh dunia. Tambahan pula demam Piala Dunia 2010 belum lagi kebah, jadi amat sesuailah untuk para peminat dijangkiti pula oleh demam Liga Perdana Inggeris.

Saya akui, saya bukanlah pakar dan tahu sangat tentang bolasepak. Tapi disebabkan passion yang tinggi terhadap bolasepak, saya mahu juga mendedikasikan satu blog untuk sukan paling diminati ini.

Ok, saya mahu tidur. Nantikan rebiu pertama saya esok, bila saya sudah mendapat capaian Internet yang lebih laju. (Ya, saya salah seorang pengguna Maxis Broadband yang super-lembab itu)