Friday, August 20, 2010

Cerita dari Emirates.

Stadium Emirates bakal menerima kunjungan pasukan yang baharu dipromosi, Blackpool malam ini. Pasukan yang digelar The Tangerines itu baru sahaja membelasah skuad Wigan 4-0 di JJB Stadium, tempat di mana Arsenal dan Manchester United dipaksa bekerja keras ketika menetang Wigan pada musim lepas. Marlon Harewood menjaringkan 2 gol dalam perlawanan tersebut.

Prestasi Arsenal ketika menentang Liverpool minggu lepas bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Ketiadaan pemain utama mungkin boleh dijadikan alasan. Blackpool pula pastinya mempamerkan corak menyerang, sama seperti yang mereka tunjukkan ketika menetang Wigan minggu lepas.

Skuad Arsenal akan diperkuatkan dengan kehadiran pemain yang beraksi pada final Piala Dunia 2010, Robin van Persie dan Cesc Fabregas yang dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona sepanjang musim panas ini. Persie yang diberi penghormatan menyarung jersi nombor 10 tampak akan memulakan permainan setelah masuk sebagai pemain gantian pada perlawanan minggu lepas. Fabregas yang sudah mempunyai rehat secukupnya (Ya, rehat dari keletihan bermain untuk Sepanyol dan keletihan berdepan situasi perpindahan yang melibatkan emosi) bakal memimpin pemain-pemain Arsenal menetang Blackpool.

Ketiadaan Laurent Koscielny yang digantung akibat kad merah minggu lepas bakal digantikan oleh Johan Djourou atau Alex Song yang kembali cergas. Skuad Arsenal adalah skuad yang malang apabila bercakap mengenai kecederaan. Emmanuel Frimpong cedera semasa latihan, Samir Nasri cedera dalam perlawanan minggu lepas dan Nikolas Bendtner dan pemain muda berbakat Aaron Ramsey masih belum sembuh. Denilson pula berdepan masalah fitness.

Blackpool?


Pekerjaan sampingan Harewood ketika bermain bersama West Ham.

Saya kesuntukan masa (dan err, malas sebenarnya) untuk mencari maklumat mengenai mereka. Apa yang saya tahu, mereka akan bermain tanpa tekanan, menyerang dan mempunyai penyerang berbahaya iaitu Harewood. Harewood pernah bermain untuk West Ham dan sudah tentu masak dengan asam garam Liga Perdana Inggeris. Harewood juga pernah menjaringkan gol ketika menentang Arsenal pada Piala FA 2006.

Hmmm.. Apa lagi ye?

Pemain tumpuan sudah pastilah Marlon Harewood dan Robin van Persie.

Prediction saya, Arsenal 5-0 Blackpool. Heheh. :P

No comments:

Post a Comment