Tuesday, August 24, 2010

Brader Rafik Halliche. Tak kenal?


Nama : Rafik Halliche.

Umur : 24 tahun.

Posisi : Pertahanan.

Kelab sebelum ini : Benfica.

Caps antarabangsa : 20 caps bersama Algeria.

Apa? Tak kenal Rafik Halliche? Mari kita lihat sedikit mengenai ini brader.

Brader Rafik Halliche ni baru saja melengkapkan perpindahan ke Fulham dengan yuran perpindahan yang dirahsiakan. Macam yuran nak masuk ke IPTS la pula main rahsia-rahsia ni. Apalah. Halliche sebelum ni menarik perhatian beberapa kelab Liga Perdana Inggeris. Antaranya kelab handalan Liga Perdana Inggeris, Arsenal dan kelab yang baru dipromosi, Newcastle United. Sebelum ni Halliche adalah pemain Benfica dan dipinjamkan ke C.D Nacional of Madeira selama 2 musim terakhir.

Apa yang best sangat pasal brader Halliche ni sampaikan kelab kuat macam Arsenal pun nak beli dia?

Siapa tak kenal ini brader, tolong jangan mengaku bahawa kamu menonton Piala Dunia 2010 Afrika Selatan yang lepas. Halliche bermain kesemua ketiga-tiga perlawanan untuk Algeria dalam tournament tersebut. Membentuk gandingan mantap bersama
Madjid Bougherra dan Nadir Belhadj, mereka mengajar England cara bertahan yang sebenar. Halliche mengawal ketat Wayne Rooney sehinggakan Rooney 'hilang' dan tenggelam dalam perlawanan tersebut.

Kekuatan fizikal adalah salah satu kelebihan Halliche (dan juga kelebihan skuad Algeria) dan kelebihan itu membantunya untuk menangani corak permainan fizikal Liga Perdana Inggeris.

Oleh itu mari kita ucapkan selamat berjaya dan selamat menjalani kehidupan baru di Liga Perdana Inggeris kepada brader Rafik Halliche.

No comments:

Post a Comment