Sunday, August 29, 2010

Al-Fatihah untuk Arwahyarham Isa Bakar....

arwahyarham isa bakar
Sapa tak kenal dengan Isa Bakar. Bekas penyerang negara dan pernah menharumkan nama negara sekitar tahun 1974 - 1979. Pernah bermain bersama Arwahyarham mokhtar dahari, mendian r.arumugam, santokh singh dan soh chin aun. Pagi sabtu 28 Ogos perginya seorang lagi lagenda bola sepak negara. Beliau meninggal dunia pada usia 58 tahun.

Beliau juga merupakan lagenda bola sepak Penang. Pernah memenangi Piala Malaysia bersama Penang pada tahun 1974 dan sejak dari itu Penang tidak pernah memenangi Piala Malaysia.

Sebagai peminat bola sepak yang muslim, molek lah kita sedekahkan al-fatihah kepada arwah. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Isa Bakar. Jasa dan sumbangan beliau terhadap bola sepak negara patut dihargai. Semoga roh-nya di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..amin...

Al-Fatihah untuk Arwahyarham Isa Bakar....

peminat bola sepak negara,
dangdingdong

1 comment:

  1. al-fatihah utk arwah isa bakar..tanpanya mgkin penang tak akan dapat rasa kemenangan. takziah jga buat keluarga arwah...

    ReplyDelete