Friday, August 12, 2011

Musim baru start malam ni

Hari ni bertarikh 13 ogos 2011, blog ni kembali aku log in dan klik 'new post'.hampir 10 bulan dah tiada entry baru. Tak apa, musim baru nak bermula malam ni, jadi semangat nak tonton bola lain macam. Perkhabaran perpindahan pemain jugak tak kurang enaknya.
Badrol Baktiar diintai Wigan?
Safie Sali diskodeng kelab Jerman?
Apa??

Style la kalian! aku gembira juga walaupun mungkin tu cuma gosip - gosip liar di bulan Ramadhan.

Okeylah, pindah-pindah rumah bagi pemain BPL aku rasa korang pun dah arif, dan update dengan cerita-cerita terkini. Jadi marilah menyokong pasukan masing-masing tanpa prejudis dan cuba-cuba untuk bertukar pasukan kegemaran.

Dan season ni aku rasa Arsenal akan pakai bantuan pernafasan, (kecuali kalau dorang dapat sorang attacking midfield dan centre midfield yang power).
Dan lagi, Man City daripada sudut pandangan harta dunia yang dilaburkan serta dileburkan, pemain-pemain mereka ada kelebihan nak buat kejutan. Man Utd tak perlu komen sebab semua dah tau team ni akan jadi liat. Cuma kita belum tengok DeGea beraksi untuk liga orang england ni.

Chelsea? Dengan pengurus muda bergetah, kacak lagi bergaya, tak ada hal nak buru kejuaraan.

Dah la takat tu, aku nak tidur sampai waktu buka puasa nanti.Salam